Friday, December 19, 2008

Wajah-wajah ceria si cilik..


Yang ada dlm gambar:
aiman, aleeya, pia, nadia, aisyah dan damia...tgklah, x faham aku kenapa budak2 suka sangat amik gambar. ..aku pun sama gak..kehkehkeh.

Pelangi Atas Jalan?

Ha terkejut baca heading ni? Betul mmg aku nmpak pelangi besar betul-betul depan mata, atas jalan yang aku pandu. Kejadian aneh ni berlaku time aku on the way balik ke KL masa balik bercuti ke kampung tempoh hari. Sepanjang 4 tahun memiliki kereta sendiri, dan sepanjang 4 tahun aku drive balik kampung, blum pernah lagi hujan selebat2nya sepanjang jalan. Selalu kalau hujan lebat tapi biasanya tak lama. Kalau hujan berpanjangan plak biasanya hujan renyai jer. Tapi kali ni memang darsat..yang paling darsat lah aku jumpa (propa je lebih...) Tak tak..ni kisah benar ni. Tak caya tanya adik beradik aku lain...kami konvoi 2 kete, so aku follow je kakak aku, sbb mmg tak nampak langsung jalan depan.

Dalam pada hujan lebat berselang seli itulah aku nampak pelangi dari jauh. Wah cantiknya pelangi ni, besar lak tu. Aku bagitau adik aku supaya dia pun tengok...bukan main hepi la sbb dh lama tak tgk pelangi ni. Makin lama pelangi ni makin dekat...tp aku rasa pelangi ni makin dekat sampai macam tak logik...besar sgt2.

Bila dah makin menghampiri dan betul-betul berada depan mata baru aku sedari yang pelangi ni base dia atas jalan raya. Bila aku hampiri 'dlm' pelangi ni br aku perasan ada pantulan dan biasan warna-warni pada cermin depan kereta aku....so mmg betullah dia dok di atas jalan raya. Bisinglah aku ng adik aku tgk keajaiban Tuhan ni....sampai skrg pun dok ingat lagi pelangi cantik tu.

Aku harap sgt dapat jumpa lagi sekali...amin.

Monday, December 1, 2008

Wet World yang memenatkan...

Ntah macam mana plan ntah, hari sabtu baru-baru ni, aku n family..anak2 buah aku suma 'terpergi' Wet World di Shah Alam. Yang lawaknya, plan nk bawak anak buah aku sempena habis UPSR, alih2 yang pegi suma mak2 orang dan anak2 buah aku yang besar2 belaka. Cam x sesuai la plak kami berenam bermandi-manda di kalangan kanak-kanak kecil kt situ. X tau la apa pesen kakak ke dua aku tu, alih2 kensel last minute. Kalau lah tau kan, baik kami berenam g tgk movie je kan...br mencabar skit.

Pun camtu, aku tetap enjoy gak main-main air di celah budak2 kecik lain. Syok gak turun padang sekali sekala. Main gelongsor air ngan anak buah aku yg cuti sem. Balik umah semua terbaring kaku. Aku lagi la...melepek. Sampai ke hari ni tangan aku cam 'bengkek' semacam je. Ni smua penangan pelampung kuning yang aku teruja sangat tu. Naik turun tangga gelongsor air sampai stamina jadi 0...mana nk layan sakit dada sbb takut lagi. Macam2 lah...aku ingat aku berani sgt, rupanya kecut perut gak la. Sudahnya aku dok lepak bawah kolam setelah penat main gelongsor tu...Anak buah aku dan adik bongsu aku dok aktif lagi 2 3 round main gelongsor tu. Tu buktinya faktor usia mengatasi segalanya..jeles la gua.

Pun camtu kta orang, tua bukan bererti semua aktiviti dah mula terbatas. Perasan muda dan perasan cantik umpama satu motivasi dan terapi pada diri. Ni lah yang aku dok buat skrg nihhh...cayalah beb.

Wa punya tag line..."pompuan cantik" tetap bersemi dlm dado den.