Friday, December 19, 2008

Wajah-wajah ceria si cilik..


Yang ada dlm gambar:
aiman, aleeya, pia, nadia, aisyah dan damia...tgklah, x faham aku kenapa budak2 suka sangat amik gambar. ..aku pun sama gak..kehkehkeh.

Pelangi Atas Jalan?

Ha terkejut baca heading ni? Betul mmg aku nmpak pelangi besar betul-betul depan mata, atas jalan yang aku pandu. Kejadian aneh ni berlaku time aku on the way balik ke KL masa balik bercuti ke kampung tempoh hari. Sepanjang 4 tahun memiliki kereta sendiri, dan sepanjang 4 tahun aku drive balik kampung, blum pernah lagi hujan selebat2nya sepanjang jalan. Selalu kalau hujan lebat tapi biasanya tak lama. Kalau hujan berpanjangan plak biasanya hujan renyai jer. Tapi kali ni memang darsat..yang paling darsat lah aku jumpa (propa je lebih...) Tak tak..ni kisah benar ni. Tak caya tanya adik beradik aku lain...kami konvoi 2 kete, so aku follow je kakak aku, sbb mmg tak nampak langsung jalan depan.

Dalam pada hujan lebat berselang seli itulah aku nampak pelangi dari jauh. Wah cantiknya pelangi ni, besar lak tu. Aku bagitau adik aku supaya dia pun tengok...bukan main hepi la sbb dh lama tak tgk pelangi ni. Makin lama pelangi ni makin dekat...tp aku rasa pelangi ni makin dekat sampai macam tak logik...besar sgt2.

Bila dah makin menghampiri dan betul-betul berada depan mata baru aku sedari yang pelangi ni base dia atas jalan raya. Bila aku hampiri 'dlm' pelangi ni br aku perasan ada pantulan dan biasan warna-warni pada cermin depan kereta aku....so mmg betullah dia dok di atas jalan raya. Bisinglah aku ng adik aku tgk keajaiban Tuhan ni....sampai skrg pun dok ingat lagi pelangi cantik tu.

Aku harap sgt dapat jumpa lagi sekali...amin.

Monday, December 1, 2008

Wet World yang memenatkan...

Ntah macam mana plan ntah, hari sabtu baru-baru ni, aku n family..anak2 buah aku suma 'terpergi' Wet World di Shah Alam. Yang lawaknya, plan nk bawak anak buah aku sempena habis UPSR, alih2 yang pegi suma mak2 orang dan anak2 buah aku yang besar2 belaka. Cam x sesuai la plak kami berenam bermandi-manda di kalangan kanak-kanak kecil kt situ. X tau la apa pesen kakak ke dua aku tu, alih2 kensel last minute. Kalau lah tau kan, baik kami berenam g tgk movie je kan...br mencabar skit.

Pun camtu, aku tetap enjoy gak main-main air di celah budak2 kecik lain. Syok gak turun padang sekali sekala. Main gelongsor air ngan anak buah aku yg cuti sem. Balik umah semua terbaring kaku. Aku lagi la...melepek. Sampai ke hari ni tangan aku cam 'bengkek' semacam je. Ni smua penangan pelampung kuning yang aku teruja sangat tu. Naik turun tangga gelongsor air sampai stamina jadi 0...mana nk layan sakit dada sbb takut lagi. Macam2 lah...aku ingat aku berani sgt, rupanya kecut perut gak la. Sudahnya aku dok lepak bawah kolam setelah penat main gelongsor tu...Anak buah aku dan adik bongsu aku dok aktif lagi 2 3 round main gelongsor tu. Tu buktinya faktor usia mengatasi segalanya..jeles la gua.

Pun camtu kta orang, tua bukan bererti semua aktiviti dah mula terbatas. Perasan muda dan perasan cantik umpama satu motivasi dan terapi pada diri. Ni lah yang aku dok buat skrg nihhh...cayalah beb.

Wa punya tag line..."pompuan cantik" tetap bersemi dlm dado den.

Friday, November 21, 2008

Pek dan Haziq..

Cantik tak pix ni? Ni gambar raya tahun 2007. Time ni dah nak senja. Lawa tak kampung aku...hahaha, cantik kan? Kali ni aku perkenalkan pada semua, Pek dan jugak Haziq..Pek anak kedua kakak aku, sementara Haziq lak anak kedua abg aku di Penang. Depa dua orang actually tak la ngam sgt..tp ntah napa time pose ni bleh masuk lakkk...ni tak lain tak bukan tentunya nk tumpang interprem di hari raya.

Pek ni kira standard la mencelah di mana2pun, Haziq la steady je, lonely skit tp 'buas' nk mampus...mulut dia tak henti bercakap klu dh mesra ng orang...camna tuh?

Pek ni klu nak tau suka sgt nangis, pantang la klu ada yang usik. Kena usik skit dia mula la nangis n melenting2 bagai nak gila...manja la tuh. Rasanya sbb adik dia kuar lambat sgt kot. Tu pasal sepesen skit..Tapi dlm banyak2 hal dia lebih sporting, outspoken dan cool je. Ikut kata mak dia dalam 'manja' dia tu, dia bleh diharap gak lah. Hari tu masa mak dia berpantang adik perempuan tunggal depa tu, si Pek ni lah yang boleh diharapkan. Siap masakkan nasi goreng beb untuk breakfast. .fuyyooo darsat tuh. Si abang sulung dia plak mungkin bakal jadi Eric, suka sgt bab2 kemas rumah. Masak2..no way!

Tu kisah Pek. Haziq lak memang banyak mulutnya klu dh kenal mesra. Camna nak rapat, jumpa pun setahun sekali je, tu pun time raya. Amik masa sehari gak la untuk dia bersahabat baik dengan sepupu2 dia yang lain. Tapi bila dh mesra..sendiri mau ingatlah. Dulu aku sempat rakan suara dia nyanyi lagu Pencinta Wanita versi pelat..ntah pape yang dia sebut pun aku tak tau. Tapi raya ni dia bawak blk lagu baru untuk hiburkan kami semua..jengjengjeng. Nak tau lagu apa? 'Ketahuan' dari Matta band la... naik ketahuan aku yang mendengarnya. Budak2 mmg senang sgt nk hafal lagu...raya tahun depan aku berdebar2 lak nk tunggu dia nyanyi lagu apa..

Pape pun, kedua2 depa ni sgt menghiburkan hati aku biarpun jarang jumpa...Haziq exspeciallynya, sbb jauh di Penang. Si Pek ni biasanya hujung2 minggu atau time cuti sekolah camni, memang sah2 jumpa. Untuk Pek, tahun depan dah melangkah ke tahap 5 kan...so gud luck for new vision. ..tentunya UPSR?

Waa cau bebbb...

Sunday, November 16, 2008

Nanny Baru Hakem...

Rasanya dah lama sangat aku tak menulis utk blog yang satu ni...(maknanya yg lain ada lagi la tu). Bukan pa, mg2 deadline dh menghimpit..asmgnt lak berderet2. Pepaham la kan. Nak x nak kena la melayan kerja dulu dr kepentingan lain. Nak menjenguk anak menakan pun rasanya tak berkesempatan. Tu pun mg lalu aku sempat gak menjenguk anak buah aku di Putrajaya dan Klang. Dalam waktu yang singkat aku smpat main 'agah-agah' je si Hakem ni...comel sungguh la dia. Kata umur dia baru 1 bln lebih...ishkkk geram la tgk badan dia yg dh berisi tu...

Ha si Hakem ini bakal dapat 'nanny' baru...Sumi kot nama dia...wahwah, best la Alia n Adi dapat kakak baru dari seberang....Moga si Sumi ni tak dibuli budak dua orang ni....

Thursday, October 30, 2008

Pose cantikkk..

Dalam banyak2 pix, aku pilih pix ni sbb kandid santai dan suma ada karakter tersendiri termasuklah mak aku...cayalah Tok. Yang lelain tu usah cakap la...
Ni bukan nk citer apa, betul2 nak masukkan gambar ni gak..kehkehkeh..tu jer.






Sepetang di Tasik Titiwangsa..

Yang ni bukan hanya nk citer pasal anak menakan besarrr..tp mak2 sedaranya pun nk tumpang interprem gak. Gambar ni masa kami jalan-jalan bawak mak n pak serta Piree (dlm gambar..hehehe) makan-makan di Tasik Titiwangsa. Agaknya time tu dah tak tau nk p mana..kami pun pilih Titiwangsa saja lah. Kami siap-siap masak dan makan tengahari kat sana. Seronok jugak ramai-ramai cam ni. Anak menakan aku, Piree dan kakaknya si Ila ni klu bab berposing bleh tahan gak, sama naik ngan mak2 sedara je...msg2 yopo..kehkehkeh..Peluang naik Eye On Msia secara percuma (kata di sponser kakak aku)..tak dilepaskan mcm tu saja. Sempat la gak tengok muka kecut perut Piree dan Jai (adik bongsu aku)..kehkehkeh. Yang tak tahan sempat plak depa dok pose atas tu, bleh plak....

Teringat2 Sambal Petai mak, Ikan Keli Masak Cabai yang wallahhhhh...mai aiii..owhh lupa, nasi lemak pun ada time tu.




Monday, October 27, 2008

Kenangan di Wetland...

Ni plak Waf, Pek, Aiman dan Aisyah. Time ni bebudak ni kecik lagi..masih kurus2 bangat. Kurus skit je, x lari jauh pun ukurannya. Ni kenangan masa pergi ke Wetland di Putrajaya. Biasanya kalau mak n pak turun ke KL, kami akan bawak jalan-jalan. Time ni kami pilih Putrajaya sebagai destinasi pilihan..kata baru lagi bukak time tu. Punya la jenuh mendaki tangga menara tinjau ni. Semput jugaklah nak sampai ke puncaknya. Tapi dek kerana tak mau kalah dengan anak menakan, buat2 poyo hebat...kehkehkeh.

Promote skit...dari sini bleh nampak seluruh kawasan Putrajaya yang luas dan cantik. .ditambah plak dengan angin kuat...perghhh, mcm oberseaaa..

Ila n Alia..


Cerita pun tentang anak menakan, sepi lak rasanya blog ni klu tak memperkenalkan anak2 menakan gua..kehkehkeh. Ayuh kita mulakan.
Yang ni ila dan alia. Ila, cucu sulong Pak Mahmud (bapak saya lah) merupakan anak sulong kakak saya. Dalam erti kata lain, kira anak menakan sulong saya la...Yang si comel tu plak Alia, anak kedua abang saya. Yang sorang ni memang kaki bergambar. Pantang lensa kamera di 'on' kan...mulalah dia bergaya sakan. Sampaikan pernah jugak la dia merajuk kerana terlupa amik gambar dia. Mungkin gak dia mewarisi bakat makteh dia (aku la tu) kot yang suka bergambar bagai nak rak. Bukan apa, kata orang gambar menjelaskan segalanya.. tak gitu cik kiah?? Oklah, sok-sok saya kenalkan 16 lagi anak buah saya yang lain-lain....ok daaaa...

Thursday, October 23, 2008

This for you...

To my anak menakan...ila, bak, piree, wafiy, shafiq, aiman, damia, mira, nadia, amir, jamaie, hadi, alia, hakim, aisyah, pia, auni dan si comel haziq, this is for you all. Moga semua ini dapat dijadikan kenangan sampai besarrrr...waaaaa..

cauuuu..

Hai Selamat Datang!

Selamat Datang. This is my new blog. Blog ni lebih bermakna rasanya. Nak tahu kenapa? Kerana blog ni dicipta khusus untuk anak2 buah (orang utara panggil, anak menakan) saya yang seramai 18 orang tuh (setakat ni lah). Maklumlah nak bercerita pasal anak sendiri blum mencapai status tu. Mungkin blog ini boleh dijadikan kenangan for my 'big family' dari mereka membesar sampailah remaja kelak (atau mungkin gak dewasa)...so, welkem..