Wednesday, February 11, 2009

I'm back...

Rasanya dah lama sangat aku tak menjengah ke blog yang satu ni. Nampak sgt berat sebelah pada blog yang lagi satu tuh. Bukan pa..blog anakmenakan ni aku dedikasikan khas untuk anak buah. Tapi bila dah tak ada story aku pun mula mati kutu fikir apa nak tulis. Kata anak menakan pun jumpa bukan tiap2 hari. Hujung minggu..tu pun kadang2 barulah ada masa nak berkumpul. Dari aku tak tau apa nk tulis...ada baiknya aku diamkan diri saja...



Baru2 ni sblm raya cina, mak dan pak sempat la turun ke KL sekali lagi. Tahun ni rasanya paling kerap mak dan pak datang sini. Seronok sgt sbb dapat jumpak selalu walaupun hujung minggu baru aku dapat turun sana. Maklumlah nk ulang alik putrajaya shah alam tu makan modal besar jugak. Apa nak buat...terpaksalah.



Dlm tahun 2009 ni jugaklah ada berita mengejutkan kami semua iaitu dengan pulangnya kerahmatullah, Abg Mat, jiran sebelah umah aku. Kata mak aku, dia tengah naik motor dan tiba2 jatuh ke bendang. Jatuh terus tak sedarkan diri. Mujur jugalah ayah dan abang aku ada time tu. Dah angkat masuk umah barulah arwah 'pergi'. Pilu lak aku rasa...terkilan jugak sebab tak dapat nak balik kampung time tu.

Abg Mat ni nak kata baik sangat ngan family aku ntah la..mgkin disebabkan persengketaan yang dulu-dulu tu jadi hubungan kejiranan kami makin renggang. Lagipun anak-anak makin membesar dan bawak haluan masing-masing..lama2 hubungan tu jadi makin rapuh. Kalau dulu masa kecik, tiap2 petang aku turun umah sebelah panjat pokok 'riang' dengan anak lelaki bongsu dia yang muda setahun dari aku. Anak laki dia yang kami panggil Joi mmg pemalu daripada manusia lain. Dia lak bukan jenis berkawan sangat. Anak kucing dia yang banyak dan kami (aku dan adik2 akulah) yang jadi peneman hidup dia time tu.

Tapi skrg ni dah lain..Joi pun dah kawin dan ada kerjaya sendiri. Tapi bila sesekali pikirkan mak dia yang tinggal sorang, sedih plak aku rasa. Untuk minggu2 arwah tak ada tu, mak aku asyik nangis ja kalau tepon. Sedih plak aku kalau ingat2kan balik. Terkilan jugak aku sebab tak dapat balik time tu...bukan tak nak, tp betul2 menghalang aku untuk balik. Apapun alfatihah aku sedekahkan. Moga rohnya dicucuri rahmat.


Teringat2 panjat pokok riang, kalau makan lidah bleh jadi biru tu...betul ni beb. Pokok tu plak bukan main rendah dan teduhnya. Dulu aku selalu dok buat video klip kt sini...kt angin banyak.