Thursday, March 19, 2009

Moh Balik Kampung....

Haiiiiiiiiiiiii....waaaaaa.. aku dh kembali. Tak tau berapa lama baru aku terfikir untuk bukak blog ni. Bukan x nak tapi memang tak berapa nk berkesempatan. Apapun aku cuma nk bagitau sok aku nk balik kg, tanah kelahiran aku. Bumi bertuah yang menganugerahkan aku kasih dan sayang..kasih mak dan pak, seluruh keluarga dan sepenuh jiwa aku. Alhamdulillah...syukur padaNya.

Doakan perjalanan aku selamat ya...alfatihah. Moga iringan doa kalian memberi lebih berkat.

Wednesday, February 11, 2009

I'm back...

Rasanya dah lama sangat aku tak menjengah ke blog yang satu ni. Nampak sgt berat sebelah pada blog yang lagi satu tuh. Bukan pa..blog anakmenakan ni aku dedikasikan khas untuk anak buah. Tapi bila dah tak ada story aku pun mula mati kutu fikir apa nak tulis. Kata anak menakan pun jumpa bukan tiap2 hari. Hujung minggu..tu pun kadang2 barulah ada masa nak berkumpul. Dari aku tak tau apa nk tulis...ada baiknya aku diamkan diri saja...



Baru2 ni sblm raya cina, mak dan pak sempat la turun ke KL sekali lagi. Tahun ni rasanya paling kerap mak dan pak datang sini. Seronok sgt sbb dapat jumpak selalu walaupun hujung minggu baru aku dapat turun sana. Maklumlah nk ulang alik putrajaya shah alam tu makan modal besar jugak. Apa nak buat...terpaksalah.



Dlm tahun 2009 ni jugaklah ada berita mengejutkan kami semua iaitu dengan pulangnya kerahmatullah, Abg Mat, jiran sebelah umah aku. Kata mak aku, dia tengah naik motor dan tiba2 jatuh ke bendang. Jatuh terus tak sedarkan diri. Mujur jugalah ayah dan abang aku ada time tu. Dah angkat masuk umah barulah arwah 'pergi'. Pilu lak aku rasa...terkilan jugak sebab tak dapat nak balik kampung time tu.

Abg Mat ni nak kata baik sangat ngan family aku ntah la..mgkin disebabkan persengketaan yang dulu-dulu tu jadi hubungan kejiranan kami makin renggang. Lagipun anak-anak makin membesar dan bawak haluan masing-masing..lama2 hubungan tu jadi makin rapuh. Kalau dulu masa kecik, tiap2 petang aku turun umah sebelah panjat pokok 'riang' dengan anak lelaki bongsu dia yang muda setahun dari aku. Anak laki dia yang kami panggil Joi mmg pemalu daripada manusia lain. Dia lak bukan jenis berkawan sangat. Anak kucing dia yang banyak dan kami (aku dan adik2 akulah) yang jadi peneman hidup dia time tu.

Tapi skrg ni dah lain..Joi pun dah kawin dan ada kerjaya sendiri. Tapi bila sesekali pikirkan mak dia yang tinggal sorang, sedih plak aku rasa. Untuk minggu2 arwah tak ada tu, mak aku asyik nangis ja kalau tepon. Sedih plak aku kalau ingat2kan balik. Terkilan jugak aku sebab tak dapat balik time tu...bukan tak nak, tp betul2 menghalang aku untuk balik. Apapun alfatihah aku sedekahkan. Moga rohnya dicucuri rahmat.


Teringat2 panjat pokok riang, kalau makan lidah bleh jadi biru tu...betul ni beb. Pokok tu plak bukan main rendah dan teduhnya. Dulu aku selalu dok buat video klip kt sini...kt angin banyak.

Friday, December 19, 2008

Wajah-wajah ceria si cilik..


Yang ada dlm gambar:
aiman, aleeya, pia, nadia, aisyah dan damia...tgklah, x faham aku kenapa budak2 suka sangat amik gambar. ..aku pun sama gak..kehkehkeh.

Pelangi Atas Jalan?

Ha terkejut baca heading ni? Betul mmg aku nmpak pelangi besar betul-betul depan mata, atas jalan yang aku pandu. Kejadian aneh ni berlaku time aku on the way balik ke KL masa balik bercuti ke kampung tempoh hari. Sepanjang 4 tahun memiliki kereta sendiri, dan sepanjang 4 tahun aku drive balik kampung, blum pernah lagi hujan selebat2nya sepanjang jalan. Selalu kalau hujan lebat tapi biasanya tak lama. Kalau hujan berpanjangan plak biasanya hujan renyai jer. Tapi kali ni memang darsat..yang paling darsat lah aku jumpa (propa je lebih...) Tak tak..ni kisah benar ni. Tak caya tanya adik beradik aku lain...kami konvoi 2 kete, so aku follow je kakak aku, sbb mmg tak nampak langsung jalan depan.

Dalam pada hujan lebat berselang seli itulah aku nampak pelangi dari jauh. Wah cantiknya pelangi ni, besar lak tu. Aku bagitau adik aku supaya dia pun tengok...bukan main hepi la sbb dh lama tak tgk pelangi ni. Makin lama pelangi ni makin dekat...tp aku rasa pelangi ni makin dekat sampai macam tak logik...besar sgt2.

Bila dah makin menghampiri dan betul-betul berada depan mata baru aku sedari yang pelangi ni base dia atas jalan raya. Bila aku hampiri 'dlm' pelangi ni br aku perasan ada pantulan dan biasan warna-warni pada cermin depan kereta aku....so mmg betullah dia dok di atas jalan raya. Bisinglah aku ng adik aku tgk keajaiban Tuhan ni....sampai skrg pun dok ingat lagi pelangi cantik tu.

Aku harap sgt dapat jumpa lagi sekali...amin.

Monday, December 1, 2008

Wet World yang memenatkan...

Ntah macam mana plan ntah, hari sabtu baru-baru ni, aku n family..anak2 buah aku suma 'terpergi' Wet World di Shah Alam. Yang lawaknya, plan nk bawak anak buah aku sempena habis UPSR, alih2 yang pegi suma mak2 orang dan anak2 buah aku yang besar2 belaka. Cam x sesuai la plak kami berenam bermandi-manda di kalangan kanak-kanak kecil kt situ. X tau la apa pesen kakak ke dua aku tu, alih2 kensel last minute. Kalau lah tau kan, baik kami berenam g tgk movie je kan...br mencabar skit.

Pun camtu, aku tetap enjoy gak main-main air di celah budak2 kecik lain. Syok gak turun padang sekali sekala. Main gelongsor air ngan anak buah aku yg cuti sem. Balik umah semua terbaring kaku. Aku lagi la...melepek. Sampai ke hari ni tangan aku cam 'bengkek' semacam je. Ni smua penangan pelampung kuning yang aku teruja sangat tu. Naik turun tangga gelongsor air sampai stamina jadi 0...mana nk layan sakit dada sbb takut lagi. Macam2 lah...aku ingat aku berani sgt, rupanya kecut perut gak la. Sudahnya aku dok lepak bawah kolam setelah penat main gelongsor tu...Anak buah aku dan adik bongsu aku dok aktif lagi 2 3 round main gelongsor tu. Tu buktinya faktor usia mengatasi segalanya..jeles la gua.

Pun camtu kta orang, tua bukan bererti semua aktiviti dah mula terbatas. Perasan muda dan perasan cantik umpama satu motivasi dan terapi pada diri. Ni lah yang aku dok buat skrg nihhh...cayalah beb.

Wa punya tag line..."pompuan cantik" tetap bersemi dlm dado den.

Friday, November 21, 2008

Pek dan Haziq..

Cantik tak pix ni? Ni gambar raya tahun 2007. Time ni dah nak senja. Lawa tak kampung aku...hahaha, cantik kan? Kali ni aku perkenalkan pada semua, Pek dan jugak Haziq..Pek anak kedua kakak aku, sementara Haziq lak anak kedua abg aku di Penang. Depa dua orang actually tak la ngam sgt..tp ntah napa time pose ni bleh masuk lakkk...ni tak lain tak bukan tentunya nk tumpang interprem di hari raya.

Pek ni kira standard la mencelah di mana2pun, Haziq la steady je, lonely skit tp 'buas' nk mampus...mulut dia tak henti bercakap klu dh mesra ng orang...camna tuh?

Pek ni klu nak tau suka sgt nangis, pantang la klu ada yang usik. Kena usik skit dia mula la nangis n melenting2 bagai nak gila...manja la tuh. Rasanya sbb adik dia kuar lambat sgt kot. Tu pasal sepesen skit..Tapi dlm banyak2 hal dia lebih sporting, outspoken dan cool je. Ikut kata mak dia dalam 'manja' dia tu, dia bleh diharap gak lah. Hari tu masa mak dia berpantang adik perempuan tunggal depa tu, si Pek ni lah yang boleh diharapkan. Siap masakkan nasi goreng beb untuk breakfast. .fuyyooo darsat tuh. Si abang sulung dia plak mungkin bakal jadi Eric, suka sgt bab2 kemas rumah. Masak2..no way!

Tu kisah Pek. Haziq lak memang banyak mulutnya klu dh kenal mesra. Camna nak rapat, jumpa pun setahun sekali je, tu pun time raya. Amik masa sehari gak la untuk dia bersahabat baik dengan sepupu2 dia yang lain. Tapi bila dh mesra..sendiri mau ingatlah. Dulu aku sempat rakan suara dia nyanyi lagu Pencinta Wanita versi pelat..ntah pape yang dia sebut pun aku tak tau. Tapi raya ni dia bawak blk lagu baru untuk hiburkan kami semua..jengjengjeng. Nak tau lagu apa? 'Ketahuan' dari Matta band la... naik ketahuan aku yang mendengarnya. Budak2 mmg senang sgt nk hafal lagu...raya tahun depan aku berdebar2 lak nk tunggu dia nyanyi lagu apa..

Pape pun, kedua2 depa ni sgt menghiburkan hati aku biarpun jarang jumpa...Haziq exspeciallynya, sbb jauh di Penang. Si Pek ni biasanya hujung2 minggu atau time cuti sekolah camni, memang sah2 jumpa. Untuk Pek, tahun depan dah melangkah ke tahap 5 kan...so gud luck for new vision. ..tentunya UPSR?

Waa cau bebbb...

Sunday, November 16, 2008

Nanny Baru Hakem...

Rasanya dah lama sangat aku tak menulis utk blog yang satu ni...(maknanya yg lain ada lagi la tu). Bukan pa, mg2 deadline dh menghimpit..asmgnt lak berderet2. Pepaham la kan. Nak x nak kena la melayan kerja dulu dr kepentingan lain. Nak menjenguk anak menakan pun rasanya tak berkesempatan. Tu pun mg lalu aku sempat gak menjenguk anak buah aku di Putrajaya dan Klang. Dalam waktu yang singkat aku smpat main 'agah-agah' je si Hakem ni...comel sungguh la dia. Kata umur dia baru 1 bln lebih...ishkkk geram la tgk badan dia yg dh berisi tu...

Ha si Hakem ini bakal dapat 'nanny' baru...Sumi kot nama dia...wahwah, best la Alia n Adi dapat kakak baru dari seberang....Moga si Sumi ni tak dibuli budak dua orang ni....